16 JULAI 2009 GENAP SEBULAN AKU BERTUGAS
DI SK MAHKOTA SARI, GERIK
di daerah Hulu Perak. Sekolah ini merupakan sekolah rendah
CEMERLANG dan dikenali dengan
SEKOLAH HARAPAN NEGARA.
Ini pandangan sekolah dari pintu pagar utama. Sekolah ini berhampiran dengan SK Sri Adika Raja dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak.
Ini bangunan Pejabat SK Mahkota Sari, Bilik Guru, Bilik Gerakan dan kelas. Pn Badariah bt Hj Mat Dom merupakan Guru Besar yang berwibawa. Beliau dikenali dengan panggilan "Mak Cik".
Di bangunan ini letaknya Pusat Sumber, Bilik Pemulihan, Bilik j-Qaf, Bilik Prasekolah dan kelas-kelas. Tn Hj Shahar bin Nasarah ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini. Pn Hjh Maznah bt Hj Abas ialah Guru Penolong kanan HEM dan Pn Siti Khairiah bt Abd Kadir ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Keceriaan sekolah ini amat membanggakan. Terdapat taman dan kolam ikan yang boleh menghidupkan suasana yang harmoni dikalangan warga sekolah.dalam menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
Ruang rehat juga dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan.
Di ruang laluan terdapat satu sudut "ANUGERAH & PENGHARGAAN" di atas kecemerlangan sekolah. Antaranya Sekolah Cemerlang, Sekolah Harapan Negara dan Sijil-Sijil Kemenangan serta paparan akhbar mengenai kejayaan sekolah.
Ruang rehat juga dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan.
Di ruang laluan terdapat satu sudut "ANUGERAH & PENGHARGAAN" di atas kecemerlangan sekolah. Antaranya Sekolah Cemerlang, Sekolah Harapan Negara dan Sijil-Sijil Kemenangan serta paparan akhbar mengenai kejayaan sekolah.Saya, Cikgu Fara dan kawan saya Cikgu Sabrina amat
bangga apabila diberi peluang bertugas di sekolah ini.
"MAHKOTA SARI BOLEH"




5 comments:
Ok le Fara & Sabrina... ambil pengalaman mengajar kat Mahkota... Pahit maung & gembila bersma murid merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan.Selama Maju Jaya.
Teraturnyer blog...selalu la update..kan dah pergi kursus blog kat mahkota kan..kan kan kan...mesti dah teroro..ajar la org pulak...
kepada poli:
ani yg upgrade blog poyu ni~!
hahaha ayat poyu dlm blog ni sama cm ayah abah la.
Yes..yes... pandai2 nya ponny ni.. tapi betul pulak tu... he he Yang terlalu sibuk sejak akhir2 ni.. maklum le Yang seorang guru yg dedikasi... kol 12 masih buat keje lagi.... hee...
sy sokong sekolah mahkota sari. kalau ade gamba guru fara lagi bertambah seri. hehe:>
Post a Comment